KUANTAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan 14 pemandu bas terlibat dalam penggunaan bahan terlarang pada Op Khas Kenderaan Awam bersempena musim perayaan Tahun Baharu Cina dan cuti persekolahan di seluruh negara sejak 1 Feb lepas.
Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ Datuk Lokman Jamaan berkata mereka didapati menggunakan bahan terlarang itu berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan dengan kerjasama agensi kerajaan berkaitan, di terminal bas sebelum bas terlibat memulakan perjalanan.
"Semua yang terlibat merupakan warga tempatan dan dipercayai menggunakan dadah jenis syabu, methamphetamine dan ganja. Kita percaya mereka mengambil dadah kononnya bagi menyegarkan badan untuk memandu dalam jarak jauh.
"Tetapi penggunaannya menyebabkan kesan sampingan dan membahayakan nyawa termasuk penumpang," katanya menambah pelaksanaan operasi khas itu akan berlangsung hingga 29 Feb ini.
Lokman berkata demikian pada sidang media sempena Op Khas Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2024 di Gambang di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengarah JPJ Pahang Kamarul Iskandar Nordin
Lokman berkata pihaknya juga akan memanggil syarikat pengendali bas terlibat dan laporan siasatan lengkap akan dikemukakan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk tindakan di bawah Akta 715.
Menurutnya JPJ turut menggantung lesen kesemua pemandu terbabit di bawah Seksyen 36 Akta 333 setelah pengesahan lanjut diperoleh daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
"Apabila didapati positif ujian urin, kita meminta pihak syarikat bas menukar pemandu terlibat kepada pemandu lain untuk meneruskan perjalanan demi keselamatan penumpang," katanya.
Sepanjang pelaksanaan operasi itu, Lokman berkata sebanyak 21,705 kenderaan pengangkutan awam (KPA) telah diperiksa dengan 32 daripadanya disita manakala 1,181 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya.
"Antara saman yang dikeluarkan ialah berkaitan kesalahan teknikal seperti brek yang menyumbang kepada 266 saman atau 22.5 peratus dan tiada lesen memandu sebanyak 91 saman atau 7.7 peratus.
"Operasi diteruskan hingga 29 Feb ini meliputi pemeriksaan ke atas pelbagai jenis kenderaan bagi memastikan pematuhan peraturan dan undang-undang keselamatan jalan raya selain pemeriksaan ke atas kenderaan pengangkutan awam bagi memastikan kelancaran operasinya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 21 2024
Lokman berkata pemandu terbabit didapati menggunakan bahan terlarang itu berdasarkan pemeriksaan yang dilakukan dengan kerjasama agensi kerajaan berkaitan, di terminal bas sebelum bas terlibat memulakan perjalanan. - Gambar fail/Bernama
KKM sasar sifar kes kusta menjelang 2030
Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan sifar kes kusta tempatan baharu menjelang 2030, kata Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
MFL diminta pertingkat kawalan keselamatan di stadium, tempat penginapan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meminta Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) meningkatkan tahap keselamatan pemain ketika pergi dan pulang dari stadium.
Ballon d’Or berpotensi milik Vinicius - Carlo Ancelotti
Junior merakamkan persembahan menakjubkan untuk membantu Real Madrid memenangi trofi saingan LaLiga dan memburu Piala Liga Juara-juara Eropah keduanya.
Rebut takhta popular, YouTuber maut ditikam pesaing sewaktu bersiaran langsung
Insiden berlaku semasa Joddoltv bersiaran langsung ketika menghadiri perbicaraan di mahkamah membabitkan dia dan suspek.
Bas terbalik di Jawa Barat ragut 11 nyawa, puluhan cedera
Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan puluhan cedera apabila bas persiaran yang dinaiki mereka terbalik di jalan berbukit di Subang, Jawa Barat.
'Penentu kejuaraan EPL di tangan kami' - Guardiola
PEP Guardiola berkata penentuan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) berada di tangan mereka sendiri selepas kemenangan 4-0 ke atas Fulham pada Sabtu.
Jangan jadi seperti Abu Lahab dan jual nama Islam - Veteran UMNO
Mustapha menyeru pemimpin Perikatan Nasional (PN) untuk berhenti berperangai seperti Abu Lahab dan menjual nama Islam dan perpaduan Melayu.
Laluan utama Kampung Batu 3 Mambau runtuh selepas hujan lebat
Disebabkan kejadian itu, penduduk di kedua-dua kampung terpaksa menggunakan laluan jauh untuk ke mana-mana.
Raja Permaisuri Agong berangkat ke Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan
Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2024 di Ayer Keroh, Melaka.
Bantahan peserta Israel di final pertandingan Eurovision
Kumpulan yang membantah penyertaan Israel dalam Pertandingan nyanyian Eurovision telah dikepung oleh polis di Malmo pada Sabtu sebelum pertandingan itu.
Operasi Unit Perdagangan JPJ KL dipindahkan sementara akibat limpahan air
Pengoperasian Unit Perdagangan (Pintu 4) dipindahkan ke Pintu 5 dan Pintu 2 buat sementara waktu bagi memastikan operasi unit itu tidak terjejas.
BJAK masih tawar khidmat pembaharuan cukai jalan, caj pembekal rasmi JPJ ditanggung
JPJ memandang serius kandungan iklan BJAK berhubung perkhidmatan urus niaga pembaharuan LKM secara online yang ditawarkan kepada orang awam.
Perkhidmatan BJAK tiada kelulusan JPJ
Tindakan BJAK Sdn Bhd (BJAK) menjalankan perkhidmatan urus niaga pembaharuan cukai jalan kepada orang ramai adalah tidak diluluskan JPJ Malaysia.
Isu gandar: JPJ umum 600 unit Chery Omoda 5 dipanggil semula
Langkah itu bagi menyiasat dan mendapatkan maklumat lanjut demi memastikan keselamatan pemilik kenderaan serta pengguna jalan raya.
Bentang tilam di tempat penumpang belakang undang bahaya - JPJ
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Rospiagos Taha berkata, perlakuan tersebut membahayakan pemandu dan penumpang terutama kanak-kanak.
Ops Hari Raya: 42 bas dilarang beroperasi
Sebanyak 42 bas dikenakan Notis Larangan Penggunaan Kenderaan atas pelbagai kesalahan peraturan teknikal menerusi Ops Hari Raya Aidilfitri 2024.
Op Rempit: JPJ P.Pinang keluar 197 notis saman, sita 11 motosikal
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan 197 notis saman terhadap penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan menerusi Op Rempit.
JPJ kesan lebih 16,000 kes pandu lebih had laju menerusi Ops Khas HRA 2024
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan 16,142 kes memandu melebihi had laju menerusi kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS).
Ops Khas HRA 2024: 39,066 saman dikeluarkan dalam tempoh lima hari
Jumlah notis saman yang dikeluarkan itu adalah 24 peratus daripada 163,558 kenderaan yang diperiksa bermula 1 hingga 5 April lalu.
Pemandu bas ‘Live' TikTok ketika memandu berdepan tindakan berat
Lokman berkata, pihak JPJ akan meletakkan pegawai penyamaran dalam setiap bas ekspres untuk memastikan tiada yang melakukan kesalahan itu.